| Penawar Resdung Ajaib

Tak Perlu Tinggal Puasa Untuk Makan Kapsul Resdung Gali

No Comments »

Dalam pada kita bersedia untuk menjalani ibadah puasa ini mesti ada pelanggan yang beragama islam yang tertanya-tanya macam mana saya nak makan kapsul resdung gali ni? perlukah saya meninggalkan puasa untuk makan kapsul ini?

Jawapannya mudah sahaja.. anda semua TIDAK perlu meninggalkan puasa anda kerana kapsul ini hanya perlu di ambil pada waktu malam sebelum tidur jadi tidak timbul isu puasa perlu 'dikorbankan'.

Kepada yang masih ada kemusykilan berkaitan produk Resdung Gali ini bolehlah rujuk di link ini SOALAN LAZIM

Jangan pula ada yang bagi excuse pihak RGC suruh tinggal puasa pulak ye hehe.. Di kesempatan ini kami di RGC ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat islam tidak kira di mana anda berada.. Semoga ramadhan kali ini akan membawa seribu rahmat dan keberkatan kepada kita semua.. insyaAllah :)


PROMOSI 3 BOTOL KAPSUL RESDUNG GALI DILANJUTKAN

No Comments »


Setelah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pelanggan-pelanggan KAPSUL RESDUNG GALI.. kami dengan ini ingin melanjutkan tawaran HARGA PROMOSI UNTUK 3 BOTOL sebagai menghargai pelanggan-pelanggan kami. Klik link ini rgpower.wasap.my sekarang untuk membuat pembelian pantas.

Terima kasih atas sokongan anda semua :)

p/s: tawaran ini akana kami tutup bila-bila masa sahaja.. untuk mengelakkan anda terlepas peluang yang hebat ini.. buat keputusan dengan pantas!!

Boleh ke resdung sembuh100%?

No Comments »

Saya dapat banyak pertanyaan daripada pesakit-pesakit resdung 'boleh ke resdung ni sembuh 100% lepas makan Kapsul Resdung Gali ni?'

Jawapan saya, Ada yang sembuh terus 100% dan ada yang tak sembuh 100%.. semua tu bergantung pada beberapa faktor di bawah:

  1. Antibodi - Antibodi bagi setiap individu adalah berlainan maka daya tahan melawan penyakit juga adalah berbeza.
  2. Pemakanan - Faktor pemakanan adalah antara penyumbang terbesar yang mempengaruhi keupayaan untuk sembuh dari penyakit resdung. Contoh makanan yang menyumbang kepada penyakit resdung adalah seperti makanan laut/seafood
  3. Keturunan - Terdapat juga pesakit resdung yang mewarisi penyakit ini dari keluarga mereka yang terdahulu. Faktor ini lebih kepada faktor genetik dan adalah mustahil untuk dielakkan.
  4. Persekitaran - Ciri persekitaran seperti pengudaraan dan kebersihan sesuatu tempat juga saling berkait rapat dalam membantu proses penyembuhan setiap pesakit resdung.

Sekiranya semua faktor di atas boleh dikawal maka tidak mustahil Penyakit Resdung ini boleh sembuh 100% tapi hakikatnya SANGAT JARANG pesakit-pesakit resdung boleh sembuh kerana adalah SUKAR untuk mengawal keseluruhan faktor yang disebutkan di atas.

Berani saya katakan sekiranya ada pusat rawatan/ubat yang mengatakan pusat rawatan/ubat mereka mampu menyembuhkan penyakit resdung ini 100% semua itu adalah BOHONG. 

Bagi setiap umat islam kita juga perlu ingat setiap kesembuhan adalah hak milik mutlak Allah S.W.T. kita hanya mampu berusaha dan berdoa.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda :)

PROMOSI TERHAD!!

No Comments »

Sebagai menghargai sokongan dan sambutan hangat daripada pelanggan-pelanggan setia Penawar Resdung Ajaib - Resdung Gali, kami dengan sukacitanya ingin menawarkan harga promosi terkini bagi produk yang terhangat di pasaran ini!

Pakej promosi yang kami tawarkan adalah bagi pembelian 3 botol Kapsul Resdung Gali adalah seperti berikut:

a) Semenanjung Malaysia - RM 50.00 TERMASUK POS (Harga asal adalah RM54) 
b) Sabah & Sarawak        - RM 60.00 TERMASUK POS (Harga asal adalah RM67) 

** Buat keputusan dengan pantas kerana PROMOSI INI AKAN DITAMATKAN BILA-BILA MASA SAHAJA!!


BAGAIMANA NAK DAPATKAN HARGA ISTIMEWA NI?

- Sila klik link ini sekarang rgpower.wasap.my



Punca & Komplikasi Resdung

No Comments »

RESDUNG ialah sejenis penyakit hidung yang terjadi akibat radang pada membran sinus. Sinus ialah rongga dalam tulang muka yang mengandungi udara dan permukaannya diseliputi mukosa (kulit yang mengeluarkan mukus atau hingus). 

Mukosa mengeluarkan hingus dalam keadaan biasa (fisiologikal) dan hingus ini mengalir keluar dari sinus melalui lubang kecil dinamakan ‘ostium’ ke dalam rongga hidung. Apabila ‘ostium’ tersumbat, hingus terkumpul dalam sinus dan keadaan ini mengundang kehadiran kuman yang akhirnya boleh membawa kepada terjadinya resdung.

Resdung boleh disebabkan virus, bakteria atau kulat (fungus). Semakin banyak kes resdung kulat dijumpai akhir-akhir ini, baik pada pesakit biasa atau mereka yang ada kompromi imuniti (ralat sistem pertahanan badan).

Penemuan Klinik Mayo pada 1999 mendapati, ada kulat pada 96 peratus pemeriksaan sampel hingus dari sinus pesakit sinusitis kronik. Ini bermakna ramai daripada pesakit sinusitis kronik mempunyai resdung kulat atau penyakit itu menjadi pemula kepada resdung kulat. Satu kumpulan lagi pesakit yang kerap mengidap resdung kulat ialah mereka yang ada polip hidung.

Bagaimana ia terjadi?
Ketika bernafas, setiap orang menghidu masuk ke dalam hidung berjuta spora fungus setiap hari (dianggarkan 57 juta spora sehari). Bagaimanapun, spora ini tidak dapat membiak dalam hidung atau paru-paru yang segar dan sihat.

Mukosa hidung dilengkapi sistem pertahanan tertentu untuk melawan fungus atau bakteria. Apabila berlaku ralat dalam sistem imuniti setempat atau umum, spora fungus dapat membiak sehingga menyebabkan resdung kulat.

Besar kemungkinan spora fungus tersedut ke dalam rongga sinus ketika bersin atau menghembus hingus dengan kuat. Secara tepat bagaimana proses ini terjadi tidak difahami sepenuhnya.

Apa kesannya kepada hidung dan badan?
Spora dalam rongga sinus akan membiak dan mula memberi kesan buruk kepada sinus. Kewujudan fungus membawa kepada beberapa reaksi kimia dan pemprosesan Major Basic Protein (MBP) yang berperanan membunuh fungus, tapi dalam masa sama memudaratkan mukosa dan membenarkan prolifirasi atau pembiakan bakteria.

Ada beberapa jenis sinusitis kulat, tetapi ia boleh dibahagikan kepada dua entiti utama, iaitu:
  1. Jenis yang menyerang struktur sekeliling (invasive). Ini lebih berbahaya. Satu entiti dipanggil fulminant fungal rhinosinusitis mampu merebak cepat hingga ke otak dan mengakibatkan kematian dalam masa singkat.
  2. Jenis ini terjadi pada kes diabetes tidak terkawal dan pesakit kurang ketahanan badan. Penyakit jenis ini menyerang pembuluh darah.
  3. Jenis yang tidak menyerang struktur sekeliling (non-invasive). Contohnya ialah mycetoma (bebola kulat), allergic fungal sinusitis.
Siapa yang boleh terkena jangkitan?
Penyakit ini boleh berlaku kepada sesiapa saja dan tidak tertumpu kepada mereka yang ada ralat imuniti umum, pesakit diabetis atau pesakit kronik saja.

Ia lebih membabitkan orang dewasa dan sangat jarang berlaku kepada kanak-kanak. Kerapkali pesakit adalah mereka yang diketahui ada resdung dan sudah melakukan beberapa pembedahan hidung sebelumnya, tetapi penyakitnya tetap berulang. Sinus yang paling kerap terbabit ialah sinus maksila.

Simptom resdung :
  • Hidung berhingus, terutama ada benda hitam dalam hingus
  • Hidung tersumbat
  • Sakit kepala
  • Keletihan dan badan rasa kurang sihat
  • Batuk kronik
  • Alah dengan habuk walaupun sedikit
  • Bersin ketika sejuk atau pada waktu pagi selepas mandi
  • Gatal-gatal di bahagian muka dan kepala.

Selalunya pesakit juga ada sinusitis yang tidak baik dengan rawatan antibiotik bahkan surgeri; ada sinusitis sebelah (unilateral), mengalami kerosakan pada tulang sinus (dapat dilihat melalui ujian imbasan Computer Tomography (CT) sinus) dan pesakit pernah mengeluarkan hingus terlalu pekat atau mempunyai tompokan hitam atau menyerupai keju.

Pemeriksaan
Pesakit memerlukan pemeriksaan endoskopi hidung. Pemeriksaan mungkin menampakkan ketulan hitam, hingus sangat pekat dan polip. Kajian lain yang diperlukan untuk mengenalpasti penyakit ialah kultur kulat atau pemeriksaan histology cecair dari sinus.

Imbasan CT pula akan menunjukkan penemuan spesifik seperti kelompok putih (tumpat) atau pembabitan tulang sinus. Ujian ‘magnetic resonance imaging’ (MRI) pula dapat memberikan gambaran radiolojikal yang spesifik mengenai kewujudan penyakit.

Bagaimana ia dirawat?
Rawatan diberikan bergantung kepada kategori dan tahap penyakit. Misalnya bagi jenis ‘invasive’, rawatan segera diperlukan, termasuk pembedahan untuk membuang tisu terbabit, penggunaan ubat antikulat secara sistemik dan membetulkan sistem badan seperti tahap gula.

Dalam memberi rawatan, keadaan keseluruhan pesakit perlu dipertimbangkan. Bagi sinus yang ada bebola, fungus rawatannya ialah pembedahan sinus (termasuk secara endoskopik) tetapi ubat antifungus sistemik tidak diperlukan. Perlu ingat, ubat antifungal sistemik ada banyak kesan sampingan.

Bagaimana kesudahannya?
Oleh kerana penyakit resdung kulat ada pelbagai jenis, maka tahap kesudahan dan perkembangan penyakit ini juga berbeza. Tanpa rawatan, penyakit ini akan menyebabkan simptom disebut di atas seperti sakit muka, hidung berhingus, sakit kepala, hidung tersumbat dan badan terasa kurang sihat.

Komplikasi Resdung :
  • Jangkitan nanah disekeliling kawasan mata
  • Jangkitan otak (meningitis)
  • Sakit tekak yang kronik
  • Jangkitan tulang muka
  • Memburukkan keadaan lelah
  • Berdengkur yang kronik
  • Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
  • Alahan hidung atau hidung sensitif
  • Selsema biasa yang melarat 
Setelah dirawat, sama ada dengan ubat atau pembedahan, penyakit boleh menjadi baik atau berkurangan. Bagi jenis bebola kulat, pembedahan selalunya memberi banyak kebaikan. Bagi jenis ‘invasive’, kesudahannya selalunya mendukacitakan.

Apa perlu anda lakukan?
Ramai pesakit resdung kulat tidak menyedari mereka ada penyakit itu. Jika anda ada simptom yang disebutkan di atas, anda perlu mendapatkan pemeriksaan segera daripada Pakar Telinga, Hidung dan Tekak. Rawatlah penyakit sebelum ia menjadi lebih teruk.

Perbezaan Pek Baru Dan Lama Kapsul Resdung Gali

No Comments »

Di bawah ini saya tunjukkan Pek Kapsul Resdung Gali pada peringkat awal dan pek terkini supaya pelanggan-pelanggan terdahulu dapat membezakan anta pek baru dan lama.

Pek LAMA Kapsul Resdung Gali

Pek BARU Kapsul Resdung Gali

Akibat Resdung

No Comments »

Video ni menunjukkan keadaan hidung seorang pesakit resdung tahap kronik.. kalau dah sampai berulat-ulat macam ni tak tahu lah nak cakap apa lagi.. harap jangan lah tunggu dah sampai tahap ni baru nak mula berubat.. bukannya tak boleh.. tapi ambil masa sikit lah.